msen
 
RSS
Aktiviti JPS Perlis - Program Gotong-Royong dan Kecergasan JPS dan APM
Number of images in category: 25
Category Viewed: 312x
Aktiviti JPS Perlis - Hari Keluarga JPS Perlis
Number of images in category: 26
Category Viewed: 375x
Aktiviti JPS Perlis - MESYUARAT BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGURUS SUMBER AIR NEGERI MALAYSIA BIL. 1/2025
Mesyuarat Bersama Agensi-Agensi Pengurus Sumber Air Negeri Malaysia Bil. 1/2025 telah dihoskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) selaku urus setia. Mesyuarat ini diadakan di Kompleks Seri Putra, Kangar, Perlis.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ir. Ts. Haji Mohmad Asari bin Daud, Pengarah LUAS, dan turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Pengurus Air dari seluruh negeri.
 
Sejurus selepas mesyuarat, para peserta telah dibawa ke Pejabat Empangan Timah Tasoh bagi sesi taklimat mengenai fungsi serta projek-projek yang sedang dilaksanakan di empangan tersebut. Rombongan turut berpeluang menaiki bot menyusuri kawasan sekitar empangan dan melawat lokasi projek yang terlibat.

 

Number of images in category: 20
Category Viewed: 26x
Aktiviti JPS Perlis - Majlis Ikrar Bebas Rasuah
Number of images in category: 18
Category Viewed: 257x
Aktiviti JPS Perlis - MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI PERLIS SEMPENA KARNIVAL SUKAN MAKSAK JPS MALAYSIA XVII 2025
Kangar, 17 September 2025 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen sempena penyertaan ke Karnival Sukan MAKSAK JPS Malaysia XVII 2025 yang dijadual berlangsung di Pulau Pinang dari 19 hingga 21 September 2025.
 
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Amir Budiman bin Abdullah, Yang Dipertua MAKSAK JPS Perlis, merangkap Pengarah JPS Negeri Perlis. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan kontinjen JPS Perlis untuk membawa nama jabatan dengan penuh semangat kesukanan, disiplin, dan profesionalisme.
 
Acara turut diserikan dengan simbolik penyerahan bendera kepada wakil kontinjen sebagai tanda amanah dan sokongan seluruh warga JPS Perlis terhadap penyertaan mereka.
 
Seluruh warga JPS Negeri Perlis merakamkan ucapan selamat berjuang kepada kontinjen yang bertanding dan mendoakan agar kejayaan serta kecemerlangan sentiasa mengiringi pasukan.

 

Number of images in category: 16
Category Viewed: 50x
Aktiviti JPS Perlis - Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 Peringkat Negeri Perlis tahun 2025
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis telah menyertai Perbarisan & Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2025 pada 31 Ogos 2025 bertempat di Jalan Tuanku Syed Putra, berhadapan IPK Perlis.
 
Dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu Malaysia Madani, Rakyat Disantuni, JPS Perlis di bawah pimpinan Ketua Kontijen, En Ahmad Azri bin Salleh telah membuat penampilan seramai 35 orang dengan penyertaan perbarisan di bawah kategori Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri. Sebanyak 76 kontinjen secara keseluruhannya menyertai perbarisan dan perarakan pada tahun ini.
 
Sekalung tahniah dan syabas kepada kontijen JPS Negeri Perlis yang telah mendapat tempat ke tiga dalam Perarakan dan Perbarisan kategori Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri tahun 2025. Tahniah !!!

 

Number of images in category: 31
Category Viewed: 71x
Aktiviti JPS Perlis - PROGRAM GOTONG-ROYONG SEMPENA PESTA AIR ANTARABANGSA 2025 KUALA PERLIS DAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI PERLIS
Program ini telah berjaya dilaksanakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10 September 2025
Masa: 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Pesisiran Muara Sungai Perlis
 
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan & Pembangunan Luar Bandar bersama wakil daripada SWCorp Perlis, Zon Maritim Kuala Perlis, MOTAC, BPEN dan MADA.
 
Gotong-royong ini telah melibatkan penyertaan pelbagai agensi serta komuniti setempat dalam usaha menjaga kebersihan dan kelestarian sungai sebagai khazanah bersama, selaras dengan tema “Sungai dan alur dalam komuniti kita”.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan, penduduk tempatan serta agensi-agensi yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sehingga program ini berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat.

 

Number of images in category: 21
Category Viewed: 43x
Aktiviti JPS Perlis - MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERLIS
TARIKH: 27 OGOS 2025 (RABU)
MASA : 8.15 PAGI-12:00 TENGAHARI
TEMPAT:DEWAN SERBAGUNA, JPS PERLIS

 

Number of images in category: 8
Category Viewed: 44x
Aktiviti JPS Perlis - Program Latihan Simulasi Bencana Empangan Beris 2025
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis telah menghadiri Program Latihan Simulasi Bencana Empangan Beris pada 6 November 2025 bertempat di Pejabat Operasi Empangan Beris, Sik, Kedah. Penyertaan ini turut melibatkan Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda selaku pengelola utama program. Kehadiran JPS Perlis adalah sebagai pemerhati, bagi mendapatkan pendedahan mengenai pengurusan kecemasan empangan serta penyelarasan tindakan antara agensi semasa menghadapi situasi bencana.
 
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat keselamatan sebelum latihan simulasi dijalankan secara menyeluruh. Latihan ini melibatkan peranan respons kecemasan oleh agensi-agensi seperti APM, BOMBA, Polis, JKM, JPS Kedah dan lain-lain. Melalui simulasi ini, peserta dapat menilai keberkesanan komunikasi operasi, aliran arahan, dan gerakan pasukan penyelamatan sekiranya berlaku insiden sebenar di empangan.
 
Sepanjang program, wakil JPS Perlis meneliti aspek pengurusan risiko, prosedur operasi standard (SOP) serta koordinasi tindakan antara agensi sebagai rujukan untuk penambahbaikan kesiapsiagaan bencana empangan di Negeri Perlis. Program diakhiri dengan sesi post-mortem dan perkongsian penilaian ringkas bersama semua pihak terlibat.
JPS Negeri Perlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda atas jemputan, serta berharap jaringan kerjasama teknikal antara negeri dapat diteruskan dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan pengurusan risiko bencana pada masa akan datang.

 

Number of images in category: 18
Category Viewed: 36x
 
Powered by Phoca Gallery


Maklumat Portal

    Statistik :

Hari Ini 96

Semalam 118

Minggu Ini 650

Bulan Ini 321

Keseluruhan 65459

   Kemaskini :  31/3/2026 

Hubungi Kami



Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis
Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 04 - 976 9975 | Fax : 04 - 976 6553
Email : jps@perlis.gov.my
Laman Web : www.jps.perlis.gov.my

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…