msen
 
RSS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis telah menghadiri Program Latihan Simulasi Bencana Empangan Beris pada 6 November 2025 bertempat di Pejabat Operasi Empangan Beris, Sik, Kedah. Penyertaan ini turut melibatkan Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda selaku pengelola utama program. Kehadiran JPS Perlis adalah sebagai pemerhati, bagi mendapatkan pendedahan mengenai pengurusan kecemasan empangan serta penyelarasan tindakan antara agensi semasa menghadapi situasi bencana.
 
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat keselamatan sebelum latihan simulasi dijalankan secara menyeluruh. Latihan ini melibatkan peranan respons kecemasan oleh agensi-agensi seperti APM, BOMBA, Polis, JKM, JPS Kedah dan lain-lain. Melalui simulasi ini, peserta dapat menilai keberkesanan komunikasi operasi, aliran arahan, dan gerakan pasukan penyelamatan sekiranya berlaku insiden sebenar di empangan.
 
Sepanjang program, wakil JPS Perlis meneliti aspek pengurusan risiko, prosedur operasi standard (SOP) serta koordinasi tindakan antara agensi sebagai rujukan untuk penambahbaikan kesiapsiagaan bencana empangan di Negeri Perlis. Program diakhiri dengan sesi post-mortem dan perkongsian penilaian ringkas bersama semua pihak terlibat.
JPS Negeri Perlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda atas jemputan, serta berharap jaringan kerjasama teknikal antara negeri dapat diteruskan dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan pengurusan risiko bencana pada masa akan datang.
 
 
Powered by Phoca Gallery


Maklumat Portal

    Statistik :

Hari Ini 100

Semalam 118

Minggu Ini 654

Bulan Ini 325

Keseluruhan 65463

   Kemaskini :  31/3/2026 

Hubungi Kami



Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis
Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 04 - 976 9975 | Fax : 04 - 976 6553
Email : jps@perlis.gov.my
Laman Web : www.jps.perlis.gov.my

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…