Piagam Pelanggan
Kami akan memberi perkhidmatan professional yang berkualiti dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan semua program dan projek pengairan, saliran, kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai, hidrologi dan sumber air. Perkhidmatan kami adalah berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan yang kukuh dengan mengambil kira keperluan ekonomi dan sosial.
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berjanji akan:
- Fungsi : Pengairan
Pelanggan Utama : Penanam Padi
- Memberi respon dalam masa 48 jam kepada para petani terhadap sebarang rayuan mengenai pembekalan air yang tergendala atau tidak mencukupi, kegagalan pengendalian atau kerosakan infrastruktur dan seterusnya mengambil tindakan susulan untuk membaikpulih keadaan secepat mungkin.
- Fungsi : Saliran
Pelanggan Utama : Pekebun Kecil
- Menyiasat semua laporan kejadian banjir dan takungan air dalam tempoh 24 jam dan mengambil tindakan susulan sewajarnya.
- Mengkaji semua masalah operasi dan penyelenggaraan struktur-struktur kawalan dalam tempoh 48 jam dan mengambil tindakan secepat mungkin.
- Fungsi : Kejuruteraan Sungai
Pelanggan Utama : Penduduk, Pemilik Harta, Petani
- Memberi maklumbalas dan ulasan teknikal ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan sungai dalam tempoh 4 minggu.
- Fungsi : Kejuruteraan Pantai
Pelanggan Utama : Penduduk, Pemilik Harta, Petani
- Memberi respon kepada semua aduan berkaitan hakisan pantai dalam tempoh 48 jam.
- Fungsi : Hidrologi dan Sumber Air
Pelanggan Utama : Orang Awam, Juruperunding, Agensi-Agensi Kerajaan
- Memberi maklumbalas dan ulasan teknikal hidrologi dalam tempoh 4 minggu.













