msen
 

Sebelum pembentukan JPT pada tahun 1932, semua kerja yang berkaitan dengan parit dan tali air menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya.

Ekoran kemerosotan industri timah dan getah pada lewat tahun dua puluhan dan keadaan beras yang menjadi semakin runcing di negara ini, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu melantik Jawatankuasa Penanaman Padi pada tahun 1930 untuk menentukan "langkah terbaik yang perlu diambil bagi menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu".

Berikutan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Parit dan Tali Air Negeri tambahan telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak dan ini menambah bilangan Jabatan-jabatan Negeri kepada tiga belas dengan Ibu Pejabat Persekutuan dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal parit dan tali air keseluruhan negara ini.

Peningkatan yang besar dalam pembangunan selepas tahun 1957 dibayangkan dengan kawasan yang disediakan dengan kemudahan pengairan yang meningkat daripada 205,000 hektar (3,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali setahun) kepada 332,000 hektar (249,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali setahun) menjelang akhir tahun 1981. Kawasan yang disediakan dengan kemudahan saliran, juga telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang sama.

Pada tahun 1970/71, banjir teruk telah melanda di beberapa tempat di bahagian barat Malaysia dan merosakkan banyak harta benda. Berikutan kejadian ini, tebatan banjir telah dijadikan tanggungjawab tambahan Jabatan daripada tahun 1972 dan seterusnya.


Sejak tahun 1986, kejuruteraan pinggir laut telah menjadi satu lagi fungsi tambahan JPS. Jawatankuasa ini telah membuat kajian yang menyeluruh dan menerbitkan laporannya pada tahun 1931. Salah satu saranan utamanya adalah "sebuah Jabatan Parit dan Tali Air hendaklah ditubuhkan untuk Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan penasihat di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, yang akan menyerapkan Cawangan Hidraulik Jabatan Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu". Saranan ini telah diterima sebagai sebuah jabatan yang berasingan pada 1hb. Januari 1932.

Dalam masa 10 tahun pertama kewujudan Jabatan ini sehingga pendudukan Jepun, 20,000 hektar tanah padi baru telah dimajukan dan dibangunkan, kemudahan pengairan dan saliran telah disediakan untuk lebih kurang 50,000 hektar tanah padi yang sedia ada. Jabatan telah mengambil alih kerja-kerja penyenggaraan saliran bagi 40,000 hektar tanah estet dan pekebun kecil di Selangor dan Perak.

Pembinaan semula kerja-kerja ini dan penyambungannya telah menaikkan jumlah kawasan kepada kira-kira 80,000 hektar pada tahun 1942. Semasa pendudukan Jepun, sedikit atau tiada langsung pembangunan baru selain penyiapan beberapa struktur yang separuh siap apabila perang berlaku. Di kawasan-kawasan saliran, pengabaian mengakibatkan parit penuh dengan kelodak dan semak, dan dalam keadaan tertentu hampir-hampir tertimbus sepenuhnya.

Jabatan ini yang berada di bawah arahan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, selama bertahun-tahun ini telah memikul tanggungjawab yang baru dan tanggungjawab yang diperluaskan. Kini, tugas-tugas JPS merangkumi :

  • Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai
  • Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
  • Projek Khas
  • Pengurusan Banjir
  • Saliran Mesra Alam

JPS boleh mengenang kembali sejarahnya yang berjaya melaksanakan rancangan dengan rasa penuh bangga. Pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehnya, bersama-sama dinamisme semasa telah meletakkan Jabatan sebagai penjaga.


Maklumat Portal

    Statistik :

Hari Ini 0

Semalam 2

Minggu Ini 0

Bulan Ini 54

Keseluruhan 8020

    Masa Capaian :  %%time%% saat
   Kemaskini :  19/12/2018 

Hubungi Kami



Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Perlis
Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9769994 | Fax : 04-9761380
Email : perlis@water.gov.my
Laman Web : www.jps.perlis.gov.my

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…