JPS Negeri Perlis
JPS Negeri Perlis yang ditubuhkan pada 1 Januari 1969 telah mengorak langkah yang lebih jauh bagi merealisasikan hasrat Kerajaan di dalam pembangunan negeri dan mengatasi masalah dan cabaran mendatang dengan adanya tenaga kerja yang sentiasa komited di dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Seluruh warga kerja JPS Negeri Perlis sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap di dalam bidang Pengairan dan Saliran Pertanian, Pengurusan Sungai dan Pantai, Pengurusan Banjir dan Saliran Mesra Alam, Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal serta Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi untuk pembangunan dan pengurusan sumber air yang dapat memberikan sumbangan bagi sektor pertanian, perindustrian, kualiti hidup dan alam sekitar.
Dengan Slogan Jayakan Perkhidmatan Sempurna, JPS Negeri Perlis sentiasa bersedia dan berusaha bagi merialisasikan misi Jabatan iaitu menjadi antara Peneraju Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Air Negara.
JPS Negeri Perlis juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelanggan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan. Di antaranya adalah kemudahan perhubungan dua hala, seperti panel perundingan, dialog, laman web JPS dan Hari Bertemu Pelanggan. Selain sesi penerangan melalui media cetak dan elektronik, JPS Negeri Perlis juga mempunyai 1 buah Pejabat Projek dan 3 Pejabat Kawasan untuk membolehkan pelanggan berurusan dengan JPS bagi menyelesaikan masalah-masalah setempat.
Kemesraan dan kesopanan layanan yang diberi kepada pelanggan sentiasa diberi perhatian oleh pengurusan JPS melalui penubuhan jawatankuasa khas yang bertanggungjawab untuk mendidik dan memantap kefahaman dalam amalan bersopan santun dan mesra pelanggan. Selari dengan kemajuan ICT, JPS Negeri Perlis turut mewujudkan akaun Facebook dan Twitter untuk menggalakkan maklumbalas, cadangan, komen serta aduan secara terus kepada JPS Negeri Perlis.













