msen
 
RSS
Kangar, 17 September 2025 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen sempena penyertaan ke Karnival Sukan MAKSAK JPS Malaysia XVII 2025 yang dijadual berlangsung di Pulau Pinang dari 19 hingga 21 September 2025.
 
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Amir Budiman bin Abdullah, Yang Dipertua MAKSAK JPS Perlis, merangkap Pengarah JPS Negeri Perlis. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan kontinjen JPS Perlis untuk membawa nama jabatan dengan penuh semangat kesukanan, disiplin, dan profesionalisme.
 
Acara turut diserikan dengan simbolik penyerahan bendera kepada wakil kontinjen sebagai tanda amanah dan sokongan seluruh warga JPS Perlis terhadap penyertaan mereka.
 
Seluruh warga JPS Negeri Perlis merakamkan ucapan selamat berjuang kepada kontinjen yang bertanding dan mendoakan agar kejayaan serta kecemerlangan sentiasa mengiringi pasukan.
 
 
Powered by Phoca Gallery


Maklumat Portal

    Statistik :

Hari Ini 101

Semalam 118

Minggu Ini 655

Bulan Ini 326

Keseluruhan 65464

   Kemaskini :  31/3/2026 

Hubungi Kami



Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis
Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 04 - 976 9975 | Fax : 04 - 976 6553
Email : jps@perlis.gov.my
Laman Web : www.jps.perlis.gov.my

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…