msen
 
‼️ PEMBUKAAN PINTU ALUR LIMPAH BARAT EMPANGAN TIMAH TASOH
Berikutan Amaran Hujan Berterusan yang telah dikeluarkan oleh MET Malaysia pada 17 November 2025, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis telah melaksanakan pemantauan berterusan terhadap aras air Empangan Timah Tasoh (ETT). Hasil pemantauan terkini menunjukkan berlaku peningkatan berterusan aras air empangan sejak amaran dikeluarkan.
Sehubungan itu, JPS Perlis akan melaksanakan operasi pembukaan pintu Alur Limpah Barat pada Sabtu, 22 November 2025. Pelaksanaan ini adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan struktur empangan serta kelancaran pelepasan air secara terkawal.
 
Untuk makluman, pelepasan air melalui Alur Limpah Barat akan disalurkan ke Lencongan Banjir Barat (LBB) Timah Tasoh sebelum dilepaskan ke laut melalui Barrage Kuala Perlis. Pelepasan ini tidak melibatkan sungai-sungai utama di kawasan bandar seperti Sungai Korok, Sungai Santan dan Sungai Perlis.
 
PERINGATAN KESELAMATAN KEPADA ORANG AWAM
Susulan peningkatan aliran air sepanjang LBB ketika pelepasan dilaksanakan, JPS Perlis menekankan perkara berikut:
• Orang ramai dimohon untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti di sepanjang Lencongan Banjir Barat (LBB), termasuk kawasan rekreasi Kampung Wai, bagi mengelakkan risiko keselamatan.
• Elakkan berada di kawasan tebing sungai, kawasan rendah serta lokasi yang berpotensi mengalami aliran deras.
• Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa cuaca.
 
JPS Perlis akan terus memantau aras air empangan dan mengeluarkan makluman terkini dari semasa ke semasa.
Kerjasama dan keprihatinan orang ramai amat dihargai demi keselamatan bersama.
 
Sila rujuk rajah skematik di bawah, di mana laluan air melalui Lencongan Banjir Barat (LBB) ditanda merah bagi memudahkan pemahaman orang ramai mengenai aliran pelepasan.
 


Maklumat Portal

    Statistik :

Hari Ini 100

Semalam 118

Minggu Ini 654

Bulan Ini 325

Keseluruhan 65463

   Kemaskini :  31/3/2026 

Hubungi Kami



Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis
Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 04 - 976 9975 | Fax : 04 - 976 6553
Email : jps@perlis.gov.my
Laman Web : www.jps.perlis.gov.my

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…