msen
 
KEJOHANAN SIRKIT GOLF PENJAWAT AWAM NEGERI PERLIS 2025
Tarikh: 20 April 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat, Perlis
Kejohanan Sirkit Golf Penjawat Awam Negeri Perlis 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 April 2025 bertempat di Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat, Perlis. Kejohanan ini telah disertai oleh seramai 48 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Perlis.
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis turut hadir dan menyertai kejohanan ini. Turut sama menyertai ialah YB Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan En Amir Budiman Bin Abdullah (Pengarah JPS Perlis)
Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Kelab Golf Perlis. Objektif utama penganjuran adalah untuk membudayakan sukan dalam kalangan penjawat awam di samping mengeratkan hubungan dan kerjasama antara jabatan serta agensi kerajaan.
Turut memeriahkan kejohanan ialah kehadiran Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, wakil-wakil jabatan serta urus setia daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis.


Maklumat Portal

    Statistik :

Hari Ini 100

Semalam 118

Minggu Ini 654

Bulan Ini 325

Keseluruhan 65463

   Kemaskini :  31/3/2026 

Hubungi Kami



Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis
Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis
Tel : 04 - 976 9975 | Fax : 04 - 976 6553
Email : jps@perlis.gov.my
Laman Web : www.jps.perlis.gov.my

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…